MEMIMPIN ADALAH MENDERITA BUKAN MENUMPUK-NUMPUK HARTA

Ada pedoman daripada ayat ayat Al Quran sebagai nasihat dan pesanan kepada para pemimpin umat.  APABILA DIBERI KEKUASAAN USAH BERBUAT KESEWENANGAN DENGAN MENJADIKAN KEKAYAAN HANYA BERLEGAR LEGAR DI SEKITAR  SATU GOLONGAN SAHAJA.
Ulama Syeikh Abdullah Fahim telah menelah apa yang bakal berlaku selepas merdeka dengan berkata:
BILA KITA DAH MERDEKA JANGAN ADA PEMIMPIN YANG AMBIL KESEMPATAN BUAT KEKAYAAN DI ATAS BELAKANG RAKYAT.

Peranan kerajaan sebagai penanggung jawab sosial rakyat akan menjadikan kerajaan membela golongan yang teraniaya. Kerajaan menyeimbangkan semula kepincangan dan ketidakadilan.Mereka yang jadi mangsa dalam arus pembangunan komersial yang hanya mementingkan keuntungan semata.

Apabila kerajaan ubah dasar menjadi entiti korporat yang besar bermakna kerajaan juga bersaing dengan swasta. Sama sama bermatlamat keuntungan. Rakyat hendak mengadu kepada siapa ? Kata pepatah gajah sama gajah berjuang pelandok mati di tengah tengah. Harapkan pagar pagar makan padi. Trend kini kerajaan sangat cenderung pindahkan milik dan kepentingannya kepada korporat. Korporat jualkannya pula ke pasaran bebas. Tanah yang sepatutnya ruang dan kediaman untuk semua diperniagakan secara terbuka.

image

Harga tanah dan hartanah dispekulasikan sehingga di luar kemampuan rakyat untuk membelinya. Akibatnya harga hartanah melambong tinggi. Siapa untuk siapa rugi. Jelas korporat untung kerajaan hilang tanah sepatutnya digunakan untuk rakyat. Tanah sepatutnya anugerah tuhan untuk dinikmati semua menjadi sesuatu yang sangat susah untuk dimiliki oleh rakyat  biasa.

Justeru Tun Razak mengketengahkan DASAR EKONOMI BARU untuk memberi KEADILAN SOSIAL kepada rakyat jelata. Namun dasar ini telah diketepikan oleh parti yang mempeloporinya. Dasar itu pun tidak mahu disebut lagi. Mengapa ? ….kerana ia membela semua dan tidak menguntungkan segelintir golongan yang  menguasai tampuk dan panggung kuasa.Jadi kerajaan ini apa dan peranannya untuk siapa ?

Justeru negara perlukan  KERAJAAN DALAM ERTI KATA KERAJAAN YANG MENAUNGI RAKYAT. Istilah kini GOOD GOVERNANCE, urus tadbir dan tata kelola kerajaan yang telus ,mempimpin demi semua bukan yang berada dalam lengkongan kuasa.

Inilah penyakit sesebuah kerajaan apabila lama bertakhta, berkuku dan berkuasa. Kuasa bukan lagi amanah tetapi hak milik dan kesewenangan. Tujuannya untuk membina empayar kekuasaan walau dengan apa cara walau pun dengan menyalahgunakan AMANAH yang dipegangnya.

Justeru rakyat harus bijak menilai tentang fungsi kerajaan adakah membela mereka atau sebaliknya. Salah pilih kita memilih untuk merestui untuk meneruskan kepimpinan  yang terburuk sebagaimana sebelumnya.
Nabi Muhammad saw  memimpin untuk menebarkan rahmat  untuk semesta alam. Mereka  yang mengaku sebagai umatnya mesti meneladi akhlak baginda. Mereka wajib bersifat benar bukan berdusta, amanah bukan khianat, telus bukan menipu dan bijaksana bukan bijaksini iaitu memikirkan sesuatu untuk kepentingan diri dan kroni sahaja. Saintis terkenal Albert Einsrein telah berkata bahawa dunia ini terlalu berbahaya untik diduduki bukan kerana terlalu ramainya orang orang jahat. Masalahnya kerana terlalu ramainnya orang orang yang baik dan suci yang merelakan kejahatan bermaharaja lela. Mereka mengambil sikap tidak peduli.
WAJIBLAH ADA SATU GOLONGAN DARIPADA UMAT MANUSIA YANG MENYERU KE ARAH KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN MEREKA ITULAH GOLONGAN YANG DIBERI KEJAYAAN

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s